Saturday, March 13, 2010

NOVEL TERBARU SHAHNON AHMAD



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Nantikan kemunculan novel terbaru Sasterawan Negara Dato' Shahnon Ahmad tidak lama lagi. Hangat dan panas.... Sebuah novel satira ala-Karikatur Politik yang mungkin menjadi karya terakhir beliau...

Shahnon Ahmad pernah menggemparkan rakyat Malaysia apabila menulis novel SHIT kira-kira 10 tahun yang lalu. Novel itu khabarnya terjual lebih 60,000 naskhah, tidak termasuk yang dicetak rompak...

Kali ini noel beliau pasti akan meletup-letup macam pisang goreng panas. Ia seakan-akan sindiran terhadap situasi politik Malaysia mutakhir ini. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi falsafah politk, teguran kepada pemimpin dan bagaimana rakyat harus bertindak untuk keadilan dan kebajikan mereka.

Walau bagaimanapun, novel itu hanyalah sebuah cerita yang diolah dalam bahasa mudah yang cukup merangsang fikiran pembaca untuk berfikir tentang masa depan politik negara sekarang.

Dijangka terbit pada awal bulan April. Tunggulah di pasaran...

Tuesday, March 9, 2010

BUKU POLEMIK ISU KALIMAH ALLAH DAN AYAHKU DITANGKAP




Kami akan menerbitkan buku "Polemik Isu Kalimah Allah" dan "Ayahku DItangkap: Tragedi Berdarah di Selatan Thailand" tidak lama lagi.

Buku "Polemik Isu Kalimah Allah" adalah penjelasan terhadap isu kontroversi yangtercetus apabila Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam akhbat Harold - The Catholic Weekly baru-baru ini.

Kupasan Dr. Muhammad Nur Manuty dan Ustaz Wan Ji Wan Hussin dalam buku ini cukup bernas. Ia dibincangkan secara ilmiah dan rasional. Selain itu, hak-hak bukan Islam juga turut dijelaskan dengan terperinci.

Buku "Ayahku Ditangkap" adalah catatan kisah anak-anak dan wanita Melayu-Muslim yang teraniaya akibat keganasan berdarah yang saban hari berlaku di Pattani, Songkhla, Narathiwat dan Yala.

Ramai ulama dan orang biasa yang ditangkap dan tidak pulang-pulang sehingga hari ini.
Kehidupan masyarakat Melayu-Muslim di Selatan Thailand sentiasa dlam ketakutan. Mereka sentiasa dilihat sebagai pengganas.

Tuntuan umat Melayu-Muslim yang berjumlah 6 juta untuk mendapat kuasa autonomi tidak pernah dilayan oleh kerajaan Thailand, bahkan sebaliknya dibalas dengan keganasan-kegansanyang tidak masuk akal.

Masjid-masjid yang dilihat sebagai pusat pengganas dan puak pemisah Islam sentiasa dkawal rapi dan pernah diceroboh oleh

BAM AL-HAJtentera yang mengakibatkan tragedi berdarah...

Tunggulah buku ini di pasaran tidak lama lagi.

BUKU WASIAT PERJUANGAN ZULKIFLI MUHAMMAD


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mulai Disember 2009, saya bertugas di Penerbitan Ilham Baru sebagai penerbit dan penulis sepenuh masa.

Buku pertama yang kami terbitkan ialah buku "WASIAT PERJUANGAN ZULKIFLI MUHAMMAD" tulisan Dato' Mokhtar Petah.

Allahyarham Profesor Dato' Zulkifli Muhammad adalah seorang tokoh pendidikan dan politik Islam yang tersohor pada tahun 1950-an dan 60-an.

Beliau adalah pelopor dan pengasas Kolej Islam Malaya. Sumbangannya dalam bidang pendidikan Islam amat besar. Beliaulah yang merintis idea penubuhan Universiti Islam di negara ini.

Kemudian beliau bertanding sebagai calon PAS dan menjadi Ahli Parlimen Bachok 1959 dan 1964. Beliau digeruni dan dihormati oleh lawan dan kawan politiknya, baik di Parlimen mahupun di luar. Ucapannya pada tahun 1960-an mampu menarik lebih 10,000 orang, dalam keadaan tiada handphone dan kemudahan telekomunikasi yang canggih seperti sekarang.

Beliau juga adalah pemegang rekod berucap selama 4 jam tanpa henti di Parlimen. Ucapannya begitu tersusun dan bernas sehingga memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Malangnya, dua hari selepas memberi ucapan kepada wakil rakyat dan pemimpin PAS di Kota Bharu, beliau meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Kuantan.

Kematiannya dipertikai di Parlimen, kerana ramai yang menganggap kemalangan itu sengaja dirancang olh musuh politiknya.

Dato' Mokhtar Petah adalah rakan Zulkifli Muhammad yang pertama sekali menulis buku tentang Zulkifli Muhammad.

Wasiat Perjuangan Zulkifli Muhammad sesuai dibaca oleh para aktivis Islam sekarang.

Kami juga menawarkan peluang untuk mana-mana blogger yang berminat untk membeli atau menjadi ejen jualan. Kami memberi komisen 30% kepada sesiapa yang berminat.

Untuk makluman, kami akan menerbitkan 20 - 30 buah buku setahun dan sesiapa yang berminat menjadi ejen jualan boleh menjualnya secara online. Buku kami selepas ini ialah "Polemik Isu Kalimah Allah: Antara Targhib dan Tarhib" dan "Ayahku Ditangkap: Tragedi Berdarah di Selatan Thailand", dijangka terbit hujung bulan Mac ini.


Sila hubungi saya untuk keterangan selanjutnya di talian 012-6491561.

BAM L-HAJ