Saturday, February 28, 2009

BANTAHAN: KRISTIAN DI MALAYSIA DILARANG GUNA NAMA "ALLAH" DALAM PENERBITAN KRISTIAN

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Isu pewartaan yang kononnya tiada halangan bagi sesiapa menggunakan nama "Allah" dalam penerbitan Yahudi di Malaysia.

Saya kurang faham bagaimana hakim dan menteri boleh buat silap dalam hal-hal agama rasmi dan penting ini.

Lega juga bila Menteri Dalam Negeri mengakui kesilapan itu.

Sesungguhnya, umat Melayu akan terus membantah penggunaan nama "Allah" oleh pemimpin agama Kristian. Ini amat bertentangan dengan Perkara 153.

Umat Melayu patut bangkit membantahnya. Ini negeri Melayu dan tanah ini Tanah Melayu. Melayu adalah pribumi dan penduduk asal. Islam sepatutnya tidak boleh disamakan dengan agama lain.

Penggunaan nama Allah dalam konteks agama Kristian sama sekali bertentangan dengan Islam. Mana mungkin "Allah" dianggap tuhan bapa dan nabi Isa dianggap anak tuhan atau jesus!

Kepada Melayu yang belum faham isu ini, anda kena bermuahasabah dan berfikir panjang. Bertanyalah kepada tok-tok guru yang arif dan tidak ada kepentingan politik.

Bukan sekadar berselogan dan beretorik. memang Allah adalah Tuhan seluruh manusia dan alam ini, tapi niat paderi kristian yang hendak gunakan nama "Allah" dalam Bible sebagai terjemahan god bertujuan jahat dan mengelirukan umat Islam yang rapuh dan cetek pegangan agamanya.

Satu hari nanti generasi Islam di Malaysia akan jadi macam di Indonesia. Pegangan agama bercampur-baur dengan faham Islam Liberal. Konon orang Islam boleh kahwin dengan Krisitian dsb.

Nauzubillah!



BAM AL-HAJ

TOL OH TOLLLLL!

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Tidak sampai 2 minggu tol Kg. Dato' harun dan Sg. Besi -Salak Selatan dimansuhkan, dah nak naik pula tol-tol lain. Rakyat macam tertipu.

Harap sangat isu tol ini ditangani dengan lebih berkesan dan telus. Ini kerana tol ini berkaitan dengan semua rakyat yang menggunakan jalanraya dan lebuhraya.

Harap juga kerajaan sekarang berhati-hati. Tak perlulah layan sangat operator-operator toll, walhal meraka dah untung pun sebelum ini.

Sekarang zaman gawat. Fikirlah sendiri!

BAM AL-HAJ

Wednesday, February 18, 2009

MANSUHKAN SEGERA PPMSI!

PPSMI Elok Dibatalkan Segera

Pelaksanaan PPSMI dengan jelas mencabul Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan, juga pelaksanaan PPSMI bercanggah dengan Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu, Laporan Jawatankuasa Penasihat Pusat Tentang Pendidikan, Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.

Gapena (Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia) telah memberikan tempoh sehingga 31 Disember 2008 untuk Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membatalkan PPSMI namun sehingga kini tiada tindakan KPM yang menuju ke arah itu. Gapena akan membuat laporan polis mengenai ini pada 15 Februari 2009.

Tun Dr Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri dalam Wacana Dilema Melayu mengakui bahawa dasar yang beliau kemukakan pada tahun 2003 itu merupakan satu kesilapan dalam pentadbirannya kerana pelaksanaannya tidak mampu meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris di Malaysia.

Ramai pejuang Bahasa Melayu telah menyatakan kekesalan mereka mengenai pelaksanaan ini namun pihak berkuasa tidak mengendahkan perkara ini. Pejuang-pejuang Bahasa Melayu seperti Profesor Diraja Ungku Aziz, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Profesor Abu Bakar Hamid, Datu Zainal Abidin Abdul Wahid dan Professor Dr Shahril Mohamad Zain merupakan tokoh yang menguasai kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris walaupun sebelum dasar PPSMI dilaksanakan. Fakta-fakta di atas saya turunkan semula daripada Berita Harian, 12 Februari 2009,mukasurat 19 – 20.

Berikut, saya selaku Presiden Persatuan Alumni Perguruan Tinggi Indonesia (PAPTI) akan menghuraikan pandangan kami yang pernah belajar di Indonesia bagi memenuhi kehendak-kehendak Akta-Akta dan dasar-dasar di atas bagi mengukuhkan penggunaan Bahasa Melayu di Nusantara. Mulai tahun 1968 ramai pelajar Malaysia jurusan Sains, Matematik dan Kejuruteraan di hantar untuk menyambung pembelajaran di Institusi Pendidikan Tinggi di Indonesia atas biasiswa KPM, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan sebagainya.

Sebelum tahun 1968 telah ramai pelajar-pelajar dari Malaysia yang telah belajar di Indonesia terutamanya dalam bidang sosial, bahasa dan pendidikan atas biaya sendiri. Tokoh-tokoh besar seperti Dato Mohamad Rahmat, Mantan Menteri Penerangan Malaysia, Dato Dr Sulaiman Mohammad, Mantan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Tan Sri Aishah Ghani, Dato Mohd Noor Azam, Profesor Abu Bakar Hamid dan lain-lain sebagainya merupakan produk perguruan tinggi di Indonesia. Malah sebelum tahun 1968 lagi ramai guru-guru Sains dan Matematik dari Indonesia datang mengajar di sekolah-sekolah menengah dan universiti demi untuk melaksanakan dasar Bahasa Melayu di Malaysia.

Tokoh-tokoh besar dalam bidang sains juga bermunculan sejak 1980 selepas pelajar Malaysia pulang dari Indonesia dan berperanan di Institusi Perguruan Tinggi di Malaysia. Nama-nama seperti Tan Sri Profesor Dato Dr Mohd Salleh Yassin, Mantan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan Profesor Dato Dr Mohd Noh Dalimin, Mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membibir di kalangan rakyat Malaysia.

Ramai lagi pelajar-pelajar Malaysia yang pulang ke tanah air menjawat jawatan-jawatan penting dalam bidang Sains, Matematik dan Kejuruteraan dan peranan mereka sangat besar dalam memajukan pembangunan Malaysia. Kehadiran mereka di merata-rata tempat dan berjaya, telah terbukti melalui pendidikan yang beraliran Bahasa Melayu (Bahasa Indonesia) telah dapat membangun Malaysia dan mereka juga boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

Hasrat memertabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa akademik yang telah bermula dengan baik telah digerhanakan pada tahun 2003 melalui dasar Tun Dr Mahathir Mohamad yang mewajibkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik bermula dari sekolah rendah.

Walau pun disebut hanya untuk mata pelajaran sains dan matematik bermula dari sekolah rendah, namun pelaksanaannya telah merebak secara tiba-tiba dari sekolah rendah hingga ke universiti. Kami menganggapnya sebagai “lebih sudu dari kuah” kerana para pelaksana dasar itu telah melanggari prinsip pelaksanaan bermula dari sekolah rendah dan dalam mata pelajaran sains dan matematik saja.

Ternyata dasar PPSMI tidak membuahkan hasil yang diinginkan dan kami sebagai pendukung penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua peranca akademik menyeru pihak berkuasa untuk kembali kepada dasar asal iaitu melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di segenap sudut sehingga di Nusantara, Bahasa Melayu mendapat tempat yang sewajarnya.

Prof Madya Dr Ismail Abdullah
Presiden PAPTI

MENGAPA YAHUDI BIJAK?

MENGAPA YAHUDI BIJAK?

By Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu Mengapa Yahudi Bijak??

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak? Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ? tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)

Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajiban. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak
anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Monday, February 16, 2009

RAKYAT MUAK, GENERASI MUDA ALERGIK DENGAN UMNO?

RAKYAT MUAK, GENERASI MUDA ALERGIK DENGAN UMNO - DR ASRI

Azamin Amin Tue Feb 17, 09 12:49:51 am MYT
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) -"PAS juga kena berhati-hati. Penyakit yang ada di tubuh Umno hari ini tidak mustahil akan merebak ke tubuh PAS apabila berkuasa.'Kuasa dan harta' bukan sedikit ujiannya."

Suaranya vokal dan adakalanya kontroversi namun ramai yang 'merindui' pendapatnya yang berpaksikan tafsiran agama dan tidak bias kepada mana-mana pihak. Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN sekali lagi mendapatkan pandangan kritis bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abdin yang kini berada di Lampeter, United Kongdom. Beliau sedang menjalankan kajian atas perbandingan tafsiran hadis antara kelompok tradisi dan modernis serta dalam cuti sabatikal yang diberikan oleh Universiti Sains Malaysia.

Harakah: Mengapa Dr. lebih awal meletakkan jawatan sebagai Mufti dan tidak berhasrat menyambung semula ? Inikah yang dinamakan berundur sebelum berjuang? Boleh beritahu sebab letak jawatan sebenarnya?

Dr Asri: Ya! Ratusan email, sms dan berbagai yang dihantar kepada saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan saya meninggalkan jawatan mufti. Mereka berpendapat saya membuat keputusan yang tidak tepat. Alhamdulillah, saya berterima kasih atas keprihatinan mereka.

Saya bertawakkal kepada Allah atas segala perancangan. Sekarang ini pun banyak email yang dihantar menjemput saya pulang dengan ditawarkan berbagai-bagai urusan atau 'tanggungjawab'. Biarlah dulu saya di sini.

Saya tidak jadi mufti untuk mengaut kesenangan. Alhamdulillah, sama sekali tidak. Saya serahkan urusan jiwa ini kepada Allah. Saya hanya ingin menjadikan jawatan itu sebagai medan tanggungjawab dan menyampaikan mesej Islam yang saya fahami. Saya berdoa kepada Allah sebelum menjadi mufti agar diberikan pertolongan kepada saya.

Alhamdulillah, walaupun ada yang tidak bersetuju dengan saya, tetapi dalam tempoh tersebut pandangan dan isu yang saya lontar telah menjadi bahan perbincangan ilmu dalam masyarakat. Soal pro dan kontra itu perkara biasa.

Jika perkara itu tiada pro dan kontra bererti tiada siapa yang mengambil peduli mengenainya. Banyak bahan telah saya tulis dalam tempoh tersebut dan tersebar dengan begitu luas. Begitu juga ceramah, kertas kerja, wawancara saya di sana-sini menjadi bahan yang diperbincangkan dengan meluas.

Alhamdulillah, generasi muda dan lapisan terpelajar yang suka membaca sebelum membuat penilaian, yang tidak menjadikan maki-hamun sebagai landasan hidup, yang tidak mengulas sebelum mengetahui, mereka ini begitu ramai yang memberikan sokongan yang besar kepada saya.

Dalam politik juga saya rasa, alhamdulillah, akhirnya banyak pihak akur bahawa saya tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam memberikan pandangan. Saya beberapa kali dijemput oleh Kerajaan Kelantan.

Kali terakhir sebelum saya berhenti, saya sempat hadir jemputan ceramah Kerajaan Negeri Kelantan untuk Tabung Serambi Mekah yang di lancarkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sehari kemudian, saya dijemput oleh Perdana Menteri untuk memberikan ceramah khas kepada ahli kabinet dan Majlis Tertinggi Umno dan hadirin yang hadir.

Beberapa hari kemudian saya dijemput oleh Pemuda Parti Keadilan untuk memberikan tazkirah, tapi saya tidak sempat. Semasa saya sampai ke United Kingdom, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjemput saya memberikan ucapan dalam Majlis DAP. Cuma saya tidak dapat pulang.

Saya berharap saya sudah cuba melakukan sesuatu. Saya cuba mengemukakan 'politik idea' mengatasi sempadan politik kepartian. Apa yang menjadi matlamat bukan menegakkan parti tertentu, tetapi menegakkan fikrah Islamiyyah yang lebih besar dari kesempitan parti.
Alhamdulillah, jumlah pembaca artikel saya juga begitu besar.

Melalui ruangan saya dalam Minda Mufti, saya bersahabat baik dengan berbagai insan ternama. Saya rasa banyak mesej saya telah sampai. Saya memerah tenaga dalam tempoh dua tahun.

Bersabar atas kerenah mereka yang suka memfitnah atau mengganggu perjalanan tersebut. Saya harap Allah berikan pahala atas itu semua. Harakah sendiri pada awalnya begitu prejudis, tetapi setahun tahun sebelum saya berhenti, kelihatannya positif.

Akhirnya, apabila saya rasa ruang jawatan itu 'sudah mula sempit' atau sudah memadai, maka saya beristikharah untuk berhenti. Itupun baik juga. Ia menafikan fitnah mereka yang 'tidak sayang lidah mereka di akhirat' bahawa kenyataan atau pendapat saya selama ini untuk kesinambungan jawatan. Alhamdulillah, sama sekali tidak. Semoga Allah merezekikan kita semua melihat jawatan dan kedudukan dengan penuh rasa amanah dan gerun.

Dr. dilihat sangat vokal dan adakalanya 'mempersembahkan' pemikiran agama dari sudut yang berbeza, adakah mencari kelainan serta seringkali mentafsirkan hukum agama dari sudut yang berbeza dan adakalanya tidak pernah didengari umum seperti soal-soal bidaah seperti kenduri arwah, tahlil di kubur dan dikatakan tidak mengikut tradisi yang telah dilakukan oleh nenek moyang? Adakah mereka tidak betul sebelum itu ? Malah Dr. dilabel sebagai liberal, kaum muda dan wahabi dan sebagainya lantaran pembaharuan yang dibawa?

Inilah masalah sesetengah pihak. Mereka tidak dapat menerima orang lain berbeza pendapat dengan mereka. Melabel orang tanpa asas yang jelas adalah budaya buruk.

Dahulu masa Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum menjadi Menteri Besar pun terkena tohmahan yang sama ketika beliau melontarkan beberapa pandangan yang berbeza dengan pengajian biasa di pondok-pondok. Syeikh Abu Bakar al-Baqir dari Gunung Semanggol yang mengasaskan Hizbul Muslimin semasa hayatnya dituduh sebagai kaum muda dan sesat.

Prof. Burhanudin al-Helmi juga pernah dituduh sebagai kaum muda. Demikian Sayyid Syeikh al-Hadi, Za'ba dan berbagai lagi pejuang perubahan dituduh dengan tuduhan yang sama.
Saya teringatkan kata-kata Za'ba dalam bukunya "Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri" yang Prof DiRaja Ungku Aziz kirimkan kepada saya agar saya baca.

Antara katanya:"Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu - iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang - maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti "sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu" dan berbagai-bagai lagi.

Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. Demikian kata Za'ba.

Apabila saya menjadi mufti sesetengah pihak menunggu agar saya membangkitkan isu-isu tradisi melayu seperti kenduri arwah dan seumpamanya. Namun mereka tersilap, alhamdulillah perhitungan dan fokus pemikiran Islam saya merentasi kesempitan isu yang mereka tunggu bagaikan nak "kiamat" itu. Ada anda lihat isu kenduri arwah menjadi tajuk utama akhbar dalam senarai puluhan isu yang telah saya bangkitkan.

Maksudnya kenduri arwah itu sudah lama dilarang?

Kemudian, saya ingin bertanya, apakah jika seseorang tidak mahu kenduri arwah maka dia menjadi wahabi? Kitab al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imam al-Syafi'i tulisan tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi'i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan 'Ali al-Syarbaji.

Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut:
"Daripada bid'ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya".

Apakah semua penulis itu wahabi?!!.Jika kita tengok kitab-kitab Melayu jawi kita dapati perkara yang sama. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga Allah merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: "(dan makruh) lagi bid'ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya".

Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: "Maka bid'ah yang tidak elok". Apakah mereka semua juga wahabi?!!

Saya tidak tahu apa itu wahabi melainkan setelah mereka menyebut perkataan tersebut lalu saya terpaksa mencari maksudnya. Saya bukan penggemar buku Muhammad bin 'Abdul Wahhab. Tetapi, jika anda menuduh saya amat terpengaruh dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, itu mungkin benar.

Saya seperti yang Dr. Yusuf al-Qaradawi sebut tentang dirinya dalam buku Kaifa Nata`amul ma`a al-Sunnah, kata Dr al-Qaradawi: "Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku".

Saya rasa, saya pun demikian. Namun, alhamdulillah, saya tidak fanatik Ibn Taimiyyah seperti mereka yang fanatik mazhab. Seperti kata al-Imam Malik bin Anas:"Setiap orang boleh diterima dan ditolak pendapatnya, melainkan Nabi Muhammad s.a.w yang maksum.

Mengapa lagu Dr. bertajuk "Aku Bukan Musuh Harta" yang dimuatkan di dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa, Aishah dan kumpulan baru Algebra diharamkan oleh RTM?

Sebenarnya banyak pihak tersalah faham. Album tersebut bukan terbitan saya. Pihak penerbit mengambil puisi-puisi saya dengan keizinan dan dijadikan lagu. Itu sahaja. Mereka jemput saya baca dua puisi dalam album tersebut. Lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' adalah salah satu daripada puisi saya. Saya tidak berkempen untuk saudara membeli album itu, kerana bukan semua orang setuju dan suka dengar lagu.

Cuma saya pun hairan jika lirik itu menjadi ketakutan kepada RTM. Barangkali mereka takut ramai yang terasa pedas. Saya hairan, jika benar mereka ingin membantu memerangi rasuah, biarlah lirik itu dilagukan. Entah berapa banyak lirik yang merepek boleh dibenarkan. Saya teringat kata-kata Presiden PAS Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang kebetulan agak baik dengan saya. Katanya: "Orang kalau salah, dia tengok polis nak balik rumah pun dia takut."

Kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan di Kuala Terengganu oleh Abdul Wahid Endut daripada PAS baru-baru, bagaimana Dr sendiri tafsirkan dan 'signal' apa sebenarnya daripada rakyat ?

Maaf, saya tidak merasa bahawa itu menunjukkan atau bererti majoriti rakyat telah begitu selesa dengan pakatan pembangkang. Kita tahu bukan semua orang PAS selesa dengan KeADILan. Demikian sebaliknya. Demikian juga DAP yang menolak konsep Negara Islam PAS.
Apa yang jelas bagi saya adalah rakyat muak dengan Umno.

Rakyat sudah tidak tahan dengan kerenah, perangai dan gelagat kebanyakan orang Umno. Generasi muda terutamanya, kelihatan begitu 'allergic' dengan Umno. Berdasarkan pengalaman lepas, tiada lagi gambaran indah Umno dalam fikiran mereka.

Mereka melihat Umno hanya menjaga kepentingan kelompok. Ramai yang bongkak dan sombong. Kebelakangan ini baru nampak macam nak berubah sedikit. Itupun masih tidak cukup.

Baru-baru ini, kebetulan saya 'terjumpa' seorang menteri di London, saya bertanya dia tentang pilihanraya Kuala Trengganu. Dengan lagaknya dia berkata: "Apa lagi rakyat mahu, semua kita dah beri". Tengok, masih lagi sombong dan enggan menilai diri dan parti walaupun telah berulang kali dia ajar oleh rakyat.

Saya fikir Umno tahu apakah ubat yang menyembuhkan penyakit parti itu, tetapi mereka tidak mampu lakukan. Ubatnya adalah dengan memotong atau membuang segala barah penyakit yang hidup dalam tubuh Umno. Itu terlalu sukar bagi kepimpinan Umno kerana sebahagian yang tidak kecil dalam kepimpinan itu sendirilah barah penyakit tersebut. Jika rawatan dilakukan, bererti mereka akan terkorban.

Bagaimana pula pandangan Dr. terhadap PAS ?

PAS juga kena berhati-hati. Penyakit yang ada di tubuh Umno hari ini tidak mustahil akan merebak ke tubuh PAS apabila berkuasa.'Kuasa dan harta' bukan sedikit ujiannya. Kita semua jangan cakap besar dan takabur. Hari ini kuasa dan ruang mendapatkan harta masih sedikit, maka barah pun masih kecil.

Barah itu ada potensi berkembang apabila ruang harta dan kuasa membesar. Hati-hati, banyakkan doa dan pohon perlindungan dengan Allah. Jangan cuma runtuhkan jahiliah, lalu tegakkan jahiliah baru dengan nama yang baru. Jahiliah tetap jahiliah.

Adapun KeADILan, maaf saya masih kabur untuk membezakan sebahagaian mereka dengan Umno. Jika dilihat pada gelagat, gaya bahasa dan hidup, cara fikir, saya agak ramai di kalangan mereka masih Umno, cumanya tidak berpuas hati dengan Umno atas beberapa sebab semasa, bukan prinsip. Tidak mustahil bila-bila waktu mendesak mereka akan kembali menjadi Umno. Mungkin bukan semua, tetapi ramai juga yang begitu.

Saya suka jika kita berpegang kepada prinsip. Saya setuju dengan apa yang Naib Presiden PAS Mohammad Sabu pernah kata dalam satu temubual yang saya baca. Beliau hairan mengapa PAS dapat menerima 'lompat parti' apabila KeaDILan menguar-uarkan 16 September lepas, sedangkan dahulu PAS sendiri yang mengatakan "lompat parti" adalah tidak berprinsip dan khianat.

Hari ini berlaku 'lompat parti' di Perak, sekali lagi PAS menyatakan ini pengkhianatan dan tidak berprinsip. Mengapa PAS tidak mengatakan hal yang sama pada 16 September yang lepas. Maaf, saya tidak mahu terbabit dengan kerenah politik. Marilah kita pohon agar Allah menjadikan kita sentiasa beristiqamah atas kebenaran terhadap kawan ataupun lawan. Itulah Islam yang sejagat lagi adil, jika kita ingin tegakkan.

Ada yang mengatakan institusi Mufti ini 'beku' dan tidak lantang dalam mempersoalkan kelemahan kerajaan, benarkah begitu dan pernah Dr. sendiri mengkritik kerajaan khususnya melibatkan persoalan agama? Ada contoh?

Saya tidak mahu bercakap tentang institusi mufti lagi. Sudah banyak kali saya cakap. Cukup saya katakan saya kecewa, Majlis Fatwa Kebangsaan patut mengepalai isu-isu umat Islam, seperti fatwa tentang isu Palestin.

Anda boleh baca tulisan-tulisan saya yang mengkritik fungsi mufti dan majlis fatwa. Sehingga saya terfikir negara ini perlukan Majlis Fatwa yang bebas, dibiayai oleh institusi wakaf. Maka fatwa-fatwa itu nanti akan benar-benar mewakili umat. Jika anda lihat di Indonesia, Majlis Ulama Indonesia (MUI) hampir mendekati maksud ini.

Adapun saya, kepada Allah saya serahkan segalanya. Anda tahu semasa saya menjadi mufti, saya memberikan teguran kepada semua pihak, termasuk kerajaan, pembangkang, artis, pihak swasta dan lain-lain. Anda boleh lihat berbagai isu saban minggu semasa saya menjadi mufti. Pernah saya mengkritik upacara yang dilakukan di Tugu Kebangsaan oleh kepimpinan negara.

Dari sudut politik, apakah yang boleh Dr. nasihatkan kepada pejuang-pejuang agama agar tidak lari dari daripada asas agama selain parti pemerintah agar berubah demi kepentingan rakyat?

Saya ingin nasihat diri saya dan mereka yang menyatakan berjuang untuk Islam dengan nasihat yang pernah diberikan oleh al-Syeikh Maulana Abul Hasan �Ali al-Nadwi dalam risalahnya Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin).

Beliau pernah nasihati Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin dengan nasihat ini:
"Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur."

Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal.

Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya.

Istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi adalah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan Allah. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya.

Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka.

... maknanya tujuan tubuhkan kerajaan demi capai matlamat agama?

"Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan".

Kata Abul Hasan lagi:"Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu dari matlamat mereka. Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua dari tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semulajadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya..".

Katanya juga:"Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu.

Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah.

Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jamaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan berkerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka.

Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara muslim, mengeluarkan manusia - dengan izin Allah - dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya.

Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat.

Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kesian kasih kepada insan yang tersiksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.

Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa - setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah - tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya.

Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya.

Kesemua itu dalam redha Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah. Itu sebahagian nasihatnya.

Nasihat saya, semoga jiwa saya dan saudara semua, sama seperti yang dinasihati oleh tokoh yang besar ini. Kita membawa mesej dakwah Islam yang kudus. Jangan kita berpolitik sehingga kita terlupa siapa kita? Apakah matlamat kita? Selalu kita bertanya apakah tindakan kita, jika baginda s.a.w hadir melihatnya, maka baginda akan setuju dan menyokong kita?.

- azm (sebarang pandangan dan kritikan, bolehlah majukan kepada saya di azaminamin@yahoo.com

Sunday, February 15, 2009

LAGI TENTANG PPMSI: CADANGAN PENYELESAIANNYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya lihat pelbagai hujah yang dangkal terus disuarakan supaya PPMSI dikekalkan.
Jika tujuan kita adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa Inggeris demi survival masa depan, caranya bukan mengajar Matematik dan Sains dalam BI.

Cara terbaik adalah dengan menambah masa pembelajaran BI. Mungkin buat dua atau tiga subjek - BI dan Kesusateraan Inggeris atau English f0r Business. Jadikan BI wajib, manakalah English Literatur dan English for Business mata pelajaran pilihan. Maknanya, pelajar digalakkan ambi dua subjek English.

Pada masa yang sama, perbanyakkan guru BI. Mantapkan latihan guru BI. Adakan hari BI. Misalnya hari Khamis semua pelajar dan guru mesti bertutur dalam BI. Adakan juga Minggu BI. Adakan banyak aktiviti atau pertandingan berbahasa Inggeris. Macam-macam boleh dibuat.

Dengan itu, mata pelajaran Matematik dan Sains dikembalikan ke Bahasa Melayu. Dengan itu juga, Bahasa Melayu tidak dipinggirkan lagi.

Cadangan ini saya ajukan supaya yang dikejar dapat, yang dikendong tidak tercicir lagi!
Wallahualam.

BAM AL-HAJ

LAGI TENTANG ISU POLITIK DI PERAK

RENUNGAN:

Ekonomi negara semakin gawat,
Pemimpin kita bertegang urat,
Bercita-cita menjadi pembela rakyat,
Tetapi rakyat semakin merempat.

Pantun di atas saya petik dari sebuah tulisan Dato' Dr. Firdaus Abdullah. Sama ada ia relevan atau tidak, sama-samalah kita renung-renungkan.

Adapun, baru-baru ni saya sembang dengan seorang rakan, pegawai kanan kerajaan yang berasal dari Perak. Bila saya ajukan pertanyaan tentang krisis politik di Perak, dia gelak besar.

Katanya, Perak sekarang cukup hebat kerana ada 2 Menteri Besar! Hehe... saya pun gelaklah juga.

Manakalah beberapa orang lain yang saya temui pula agak berhati-hati. Meraka kata, agak sukar bagi BN nak tawan Bukit Gantang. BN kena kerja kuat dan betulkan strategi, supaya tak jadi macam Kuala Terengganu.

Apa pun, sebagai warga Malaysia, saya berpendapat orang Melayu kini kena bersatu hati. Jangan sampai menang sorang kampung tergadai!

Mengalah tidak semestinya kalah... Fikir-fikirkanlah...
Menang bukan untuk diri sendiri. Yang penting adalah agama, bangsa dan negara.

Ciri-ciri kepemimpinan altrusitik (altruistic leadership) yang ada pada Rasulullah S.A.W. perlu dijadikan contoh. Kepemimpinan Altruistik adalah ciri kepemimpinan yang lebih mementingkan ornag lain, iaitu rakyat, bukan mementingkan diri sendiri.

Nabi Muhammad S.A.W. ketika hampir wafatnyapun masih mengingati umatnya dengan kata-kata: ummati, ummati, ummati... (umatku, umatku, umatku...).

Wallahualam.

BAM AL-HAJ

UCAPAN SULTAN AZLAN SHAH 1980

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Ucapan ini diemel oleh seorang rakan baru-baru ini sebagai renungan berkaitan dengan isu politik di Perak. Tak jelas sama ada niat beliau adalah untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan oleh demonstrator jalanan terhadap Sultan dan Raja Muda Perak baru-baru ini.

Yang sedihnya, ucapan-ucapan biadap Karpal Singh pula tidak dipedulikan, seolah-olah setuju dengan kenyataan tersebut.

Bagi saya, mesti ada jalan tengah dalam hal ini. Kedaulatan undang-undang mesti dipertahankan. Raja Berperlembagaan adalah benteng terakhir kuasa politk Melayu.

Satu cara yang patut difikirkan ialah adakan perundingan. Duduk semeja. Musyawarah. Saya yakin pemimpin kita mampu melakukannya, asalkan ada niat yang betul dan berjiwa besar. Cari jalan penyelesaian, sebagaimana Allahyarham Tun Razak dulu mengatasi krisis 13 Mei 1969. Muafakat melayu berteraskan Islam! Saya rasa Tuan Guru Dato' Nik Aziz pun setuju.

Siapakah yang patut memulakannya? UMNO, PAS atau PKR? Atau perlukah orang tengah? Fikir-fikirkanlah...

Jangan jadi kata pepatah Arab: Orang Arab selalu bersetuju untuk tidak bersetuju!

Jangan hanya kita menang sorak, kampung tergadai!

BEBERAPA PANDANGAN TENTANG KRISIS POLITIK DI PERAK

Krisis Perak: Terimalah hakikat

SAYA akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan menyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh-gapah.

Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru blog Anwar Ibrahim berbunyi: Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan:

Perlembagaan Persekutuan dalam Artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam Artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat di dalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama.

Ini kerana ia jelas menyatakan hak eksklusif sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan pelantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a), kedua baginda mempunyai kuasa untuk ''tidak membubarkan dewan perwakilan'' (Parlimen atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan Perlembagaan Persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan.
Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat.

Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament:

''Hung Parliament'' bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN.
Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihan raya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Bagaimanapun tidak wujud situasi "hung parliament" di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi.

Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah Jumpa Sultan:

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak, Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan vote of no confidence (undi tidak percaya) terhadap Dr. Zamby. Untuk pengetahuan kedua-dua di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan vote of no confidence itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas.

Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara vote of no confidence itu wajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun menghadap Sultan Perak untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah:

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihan raya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.

Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun Artikel 10(2)(c) menyatakan "Parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality."

Persoalannya di sini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah di atas dibuat selepas saya merujuk kembali Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya di atas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah.

Datuk Ambiga Sreenevasan, President Majlis Peguam dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa sultan mempunyai kuasa eksklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

Detik Terkena Batang Hidung Sendiri:

Suatu ketika dahulu Anwar Ibrahim kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telah ludah ke mukanya sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terimalah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku di atas ''kebenaran'' undang-undang itu sendiri dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

SIDDIQ AZANI
Fakulti Undang-Undang, UiTM Malaysia

Saturday, February 14, 2009

BAJET MINI JANA EKONOMI

Minda Pengarang Berita Harian

BAJET mini yang bakal dibentangkan di sidang Dewan Rakyat 11 Mac ini amat dinantikan meskipun negara, terutama pemimpin politik sibuk menghadapi cabaran politik semasa, khususnya di Perak serta bakal menghadapi dua pilihan raya kecil serentak selepas pembentangan itu nanti.

Bajet mini itu seperti kata Datuk Seri Najib Razak kelmarin, bertujuan memastikan negara mampu menghadapi ketidaktentuan ekonomi global dan butiran terperinci bajet berkenaan kini dalam proses penyediaan serta mengumpul pelbagai maklumat yang perlu untuk dimasukkan ke dalamnya.

Bajet mini itu merangkumi pakej rangsangan fiskal kedua dengan saiz peruntukan lebih besar berbanding RM7 bilion dalam pakej pertama. Berikutan kemelut ekonomi global, kebanyakan negara terpaksa menyuntik dana dalam sistem menerusi pakej rangsangan.

Kelmarin, senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan pelan menyelamat bernilai AS$838 bilion, dalam usaha membebaskan kuasa dunia itu daripada belenggu krisis kredit yang dimulakannya tahun lalu sehingga merebak ke seluruh dunia.

Kita tidak pasti berapa banyak dana untuk bajet mini itu nanti, tetapi penganalisis ekonomi menyatakan kerajaan masih mampu menyuntik dana sehingga RM35 bilion dalam pakej rangsangan kedua bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi kerana negara kini memiliki jumlah tabungan yang tinggi.

Ada dua perkara yang menjadi kebimbangan dalam bajet mini itu nanti iaitu dari segi pembiayaan dan defisit yang bakal diterima. Dari segi pembiayaan dan tanpa mengambil kira jumlah simpanan di institusi berkaitan kerajaan lain, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) saja memiliki jumlah simpanan RM250 bilion.

Wang ini boleh digunakan tetapi seperti biasa, sebarang yang berkaitan KWSP agak sensitif di kalangan rakyat dan terpulang kepada kerajaan bagaimana untuk meyakinkan, khususnya pencarum. Berikutan pakej kedua itu juga, defisit bajet kerajaan bagi tahun ini dijangka lebih tinggi daripada yang diunjurkan sebelum ini, 4.8 peratus.

Kadar kenaikan defisit bajet itu akan bergantung kepada jumlah yang akan diperuntukkan dalam pakej rangsangan ekonomi kedua itu. Tetapi kita yakin kerajaan mampu meningkatkan perbelanjaannya menerusi pakej rangsangan fiskal lebih besar untuk merancakkan ekonomi negara kerana defisit bajet negara ini masih di paras yang rendah.

Sebagai contoh, defisit bajet Amerika Syarikat kini hampir 10 peratus tetapi Malaysia masih sekitar lima dan enam peratus, justeru pertambahan dalam perbelanjaan bukan menjadi isu bagi kita. Apa yang lebih penting ialah kerajaan perlu memikirkan langkah strategik melangkaui lebih daripada rangsangan fiskal dan monetari bagi berdepan krisis kewangan sejagat.

Malah, diharapkan juga semua segmen masyarakat dan wilayah mendapat manfaat peruntukan bajet mini itu nanti, termasuk di negeri yang dikuasai pembangkang bagi menunjukkan keikhlasan kerajaan membangun ekonomi tanpa mengira fahaman politik.

MANSUHKAN PPSMI, KEMBALIKAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK!

625,987 GUNA BAHASA MELAYU JAWAB SOALAN MATEMATIK DAN SAINS UPSR

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP) mendedahkan 625,987 murid tidak menjawab kertas soalan dalam bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Dr. Hassan Ahmad (gambar) berkata, keputusan UPSR tahun lalu menunjukkan hanya 159,234 murid daripada 511,875 murid tahun enam menjawab kertas Sains dalam bahasa Inggeris manakala 352,641 murid menjawab dalam bahasa Melayu sejak pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

‘‘Bagi Matematik pula, 238,153 murid daripada 511,499 yang menduduki peperiksaan itu menjawab dalam bahasa Inggeris manakala 273,346 menjawab dalam bahasa Melayu.

‘‘Ia menunjukkan seramai 625,987 murid tidak memahami untuk menjawab Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,’’ katanya kepada pemberita di Rumah Persatuan Penulis Nasional (Pena) di sini semalam.

Selain itu, beliau berkata, kajian juga telah dilakukan oleh pasukan penyelidik yang terdiri daripada 50 pensyarah dari tujuh buah universiti dalam negara.

Katanya, kajian yang dibuat terletak di bawah penyeliaan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).

Menurutnya, hasil kajian menunjukkan beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar gagal mata pelajaran Sains dan Matematik melebihi 50 peratus.

Tambahnya, sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) juga menunjukkan kejatuhan bagi pelajar Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.

‘‘Kajian yang dibuat di 70 buah sekolah menengah dan 90 buah sekolah rendah di seluruh negara juga menunjukkan berlakunya kemerosotan dalam mata pelajaran tersebut.

‘‘Ia menunjukkan PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar,’’ katanya

Menurut Hassan, ia jelas menunjukkan PPSMI gagal memberi manfaat kepada pelajar sebaliknya membebankan pelajar.

Sementara itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk Bahasa Inggeris di setiap sekolah.

Tambahnya, wakil kerajaan perlu ke sekolah-sekolah terutamanya di luar bandar untuk memantau sistem yang digunakan dalam P&P bahasa tersebut.

‘‘Sistem P&P untuk Bahasa Inggeris perlu diubah dan diperkemaskan terlebih dahulu supaya menjadi bahasa kedua yang dikuasai pelajar bukannya mengajar bahasa tersebut dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

‘‘Selain itu, jadikan negara-negara Eropah sebagai model di mana mereka mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahasa ibunda, tetapi menggalakkan pelajarnya menguasai pelbagai bahasa,’’ katanya.

Tuesday, February 10, 2009

STRES MUNGKIN BAIK UNTUK ANDA

APA ITU stres?

Menurut Dr. Hans Selye, pengasas teori stres, stres merupakan satu gejala tindak balas yang tidak spesifik oleh individu terhadap beban yang datang dalam bentuk keresahan yang disebabkan cabaran, ancaman atau perubahan yang memerlukan respon.

Bertentangan dengan persepsi ramai orang, stres boleh dibahagi kepada stres yang baik atau positif yang dikenali sebagai eustress dan yang buruk atau negatif distress.

Pegawai perubatan di sebuah institusi kesihatan di ibu negara, Dr. S. Mogan berkata, stres yang positif boleh membuatkan seseorang lebih berhati-hati, fokus dan kreatif dalam kehidupan harian.

Menurut sejarah, Alexander Graham Bell mencipta telefon, alat yang mencetus revolusi dalam bidang perhubungan, ketika ingin membantu tunang beliau yang telah hilang pendengaran.

Sukar untuk didefinisi

Kata Dr. Mogan, memang sukar untuk memberi definisi mengenai stres kerana ia suatu aspek yang subjektif.

“Kalau anda tanya 10 orang tentang apa yang sebabkan mereka rasa stres, maka anda akan mendapat 10 jawapan yang berlainan.

“Sebabnya tiada definisi tentang stres yang dipersetujui semua, apa yang stres bagi seseorang mungkin perkara yang menyeronokkan atau tiada apa-apa bagi orang lain.

“Contohnya, penunggang motosikal akan berasa gembira bila dapat memecut kenderaan mereka manakala ini perkara yang menakutkan bagi orang lain. Menang dalam perlumbaan mungkin lebih stres daripada kalah tapi ini merupakan stres yang baik”, kata kepada Bernama.

Menurut pendidik Fatimah Mansur, stres melonjakkan produktiviti seperti bila pelajar menghadapi peperiksaan.

“Pelajar berusaha dengan lebih keras bila peperiksaan telah hampir manakala pekerja di pejabat bekerja dengan lebih cepat bila waktu pulang sudah dekat", kata beliau.

Fatimah berkata, orang ramai perlu mendapat stres yang sesuai untuk produktif dalam kehidupan seharian.
“Anda boleh guna dan gembleng stres untuk menjadi lebih produktif,” kata Fatimah lagi.

Risalah Kementerian Kesihatan

Menurut risalah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, antara punca stres ialah beban kewangan, masalah rumah tangga, menunggu terlalu lama, mangsa buli, beban kerja yang tinggi, suasana persekitaran yang tidak sihat, rasa rendah diri, kesesakan jalan raya, serta tragedi.

Seseorang yang mengalami stres akan menunjukkan kegelisahan, risau keterlaluan dan gangguan emosi, insomnia (tidak dapat tidur), kurang fokus dan tumpuan kerja serta resah dan cepat marah.

Mereka digalakkan mengambil 10 langkah ‘B’ iaitu bertenang, bernafas dengan dalam, berkata ‘relakslah’, beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam dan berfikiran positif.

Thursday, February 5, 2009

MENYEDIAKAN PEMIMPIN MASA DEPAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya berpendapat bidang kepemimpinan (leadership) sangat penting bagi menjamin masa depan negara. Kita mesti bersedia daripada awal untuk melahirkan pemimpin muda yang kompeten untuk mengambil alih kepemimpinan negara pada masa akan datang.

Pemimpin bukan sahaja dalam bidang politik, tetapi juga pemimpin korporat, pentadbiran, keilmuan dan masyarakat sivil.

Selama ini, nampaknya pemimpin yang lahir di negara kita adalah lahir secara tidak dirancang. Pemimpin lahir secara semulajadi melalui NGO dan parti-parti politik. Oleh itu, tidak ramai yang benar-benar mempunyai kualiti.

Saya berpendapat, pemimpin patut lahir melalui perancangan. Kita mempunyai ramai pemimpin muda di peringkat mahasiswa. Setiap universiti (IPTA dan IPTS) biasanya akan melahirkan tidak kurang daripada 100 pemimpin mahasiswa (sama ada MPP, persatuan anak negeri, persatuan di peringkat fakulti atau kolej), dengan adanya kira-kira 30 universiti, setiap tahun kita mempunyai bakat kepemimpinan yang berjumlah tidak kurang daripada 3,000 orang.

Ke manakah mereka selepas tamat pengajian? Kebanyakannya sekadar berkhidmat dalam kerajaan mahupun swasta. Bakat kepemimpinan mereka biasanya berakhir dengan pelbagai kemelut kehidupan. Alangkah ruginya negara!

Saya berpendapat, sudah sampai masanya, pihak kerajaan memikirkan supaya diwujudkan sebuah Akademi Kepemimpinan (Leadership Academy) untuk anak-anak muda ini. Setidak-tidaknya, katalah kita ambil setiap tahun 500 orang sebagai pelatih/kadernya, dalam tempoh 10 tahun kita akan melahirkan 5,000 pemimpin muda yang terlatih.

Bayangkan, kita mempunyai 5,000 pemimpin muda yang sudah diterapkan dengan kesedaran sejarah, kefahaman perlembagaan, kekuatan pemikiran, kebijaksanaan hujah, keupayaan dan pelbagai aspek kepemimpinan lagi. Negara kita pasti akan melonjak ke mercu kegemilangan yang kita cita-citakan.

Mereka yang terlatih inilah yang akan mengisi dan mewarisi kepemimpinan politik, korporat, pentadbiran dan masyarakat sivil (NGO) pada masa akan datang.

Apa yang lebih penting lagi, oleh kerana mereka datang dari akademi yang sama, tentulah fikrah (pemikiran) mereka dapat disatukan. Apabila pemimpin bersatu, lahirkan bentuk kepemimpinan negara yang kuat!

Fikirkanlah!

KERAJAAN MAMPU SUNTIK RM35B

Pakej rangsangan perlu rancakkan ekonomi

KERAJAAN mampu menyuntik dana berjumlah RM35 bilion dalam pakej rangsangan kedua bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi kerana negara ini memiliki jumlah tabungan yang tinggi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tanpa mengambil kira jumlah simpanan di institusi berkaitan kerajaan lain, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) saja memiliki jumlah simpanan RM250 bilion.

"Terpulang kepada kerajaan untuk memikirkannya (melaksanakan pakej ekonomi kedua berjumlah RM35 bilion) jika kita benar-benar ingin merancakkan kembali ekonomi negara," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan sesi perjumpaan eksklusif dengan peserta industri terpilih mengenai krisis kewangan global, di Kuala Lumpur, semalam.

ULASAN: Saya bersetuju dengan Tun supaya kerajaan terus memastikan ekonomi negara stabil dengan cara menambah suntikan bagi meningkatkan rangsangan ekonomi.

Bagamanapun, wang rakyat tersebut hendaklah digunakan sebaik-baiknya dalam sektor yang berdaya maju. Peruntukan latihan pekerja dan tabung usahawan hendaklah ditambah. Dalam suasana krisis ekonomi dunia kini, peluang perniagaan hendaklah dijana oleh kerajaan, termasuk memberikan bantuan modal kepada usahawan...