"Barangsiapa yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan dapat memberikan apa-apa kepada orang lain; maka barangsiapa yang tidak bahagia, maka dia tidak akan dapat membahagiakan orang lain".
"Sesiapa sahaja yang membuat apa-apa keputusan dalam keadaan emosi yang tidak stabil, biasanya keputusan itu silap atau tidak tepat".
BAM AL-HAJ
SELAMAT MEMBACA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terima kasih atas kesudian anda melayari blog ini. BACK TO BASIC bermaksud seruan untuk Kembali Kepada Fitrah/Asas atau balik ke pengkalan atau ke pangkal jalan, kembali kepada perkara paling asas dalam hidup, iaitu prinsip nilai.
561 bermaksud 5 Rukun Islam, 6 Rukun Iman dan 1 Ihsan. Ini bersandarkan susunan pertanyaan Malaikat Jibril ketika bertemu lutut dengan Rasulullah S.A.W. dalam satu majlis yang dihadiri oleh para sahabat, lalu Jibril a.s. bertanya tentang Islam dahulu, kemudian barulah tentang Iman dan Ihsan dan kemudian tentang Hari Kiamat. Jadi susunan 561 mempunyai nas yang sahih berbanding susunan lain.
Premis pemikiran blog ini mudah sahaja. Kalau untuk membaiki kereta kita kena merujuk kepada manual kereta dan bukan manual motorsikal atau basikal. Ini kerana manual kereta dibuat oleh orang yang mencipta model kereta, manakala manual tv dibuat oleh orang yang merekacipta tv.
Oleh kerana manusia/insan dicipta oleh Allah SWT, maka tentulah manual kehidupan manusia juga patutnya datang daripada-Nya. Manualnya ialah 5 Rukun Islam, 6 Rukun Iman dan 1 Ihsan.
Oleh itu, marilah kita kembali kepada fitrah atau kembali kepada perkara yang paling asas dalam kehidupan kita. Salah satunya ialah berfikir dan bertindak mengikut prinsip nilai - kebenaran dan keadilan.
Terima kasih. BAM AL-HAJ
ASAL-USUL BAM
BAM adalah bandar bersejarah di Iran. Sejarah BAM bermula sebelum Masehi yang dkenali sebagai zaman Achaemenid, iaitu pada kurun ke-6 sebelum Mashi.
Ia merupakan sebuah kubu lma yang terletak di jalan utama perdagangn dan terkenal dengan sutera dan pakan yang diperbuat daripada kapas. Kehidupan di oasis ini bergantung kepda sistem terowong pengairan bawah tanah.
BAM adalah antara tempat terawal yang mewujudkan sistem pengairan seumapa itu di dunia. Arg-e BAM juga merupakan gambaran paling jelas tentang pembinaan bandar yang menggunakan teknik lapisan tanah dan lumpur untuk membina bangunan.
Pada tahun 2003, seramai 26,000 orang telah terkorban dalam kejadian gempa bumi yang dahsyat.
Penulis, penerbit dan trainer.
Pernah menulis buku Fenomena Remaja (bersama Zaini ujang dan Fatini Yaacob)(1992), Politik Melayu Abad 21 (1989), Wawasan Perjuangan Melayu Baru (1993), Ikon Dua Zaman: Tun Perak dan Tun Razak (2010) dan 5 Rahsia Hebat Menjana Potensi Diri dan Organisasi (2010). Kini bergiat dalam bidang penerbitan, editing dan juga selaku penulis bebas, di samping penceramah jemputan.
Pernah berkhidmat sebagai Pengarah BTN Selangor dan Pengurus Pembangunan Insan di Yayasan Selangor.
No comments:
Post a Comment