Saturday, April 25, 2009

TAHNIAH KEPADA YB TUAN HAJI AHMAD HJ. MASLAN


Salam Sejahtera.

Sebagai sahabat, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Tuan Haji Ahmad Hj. Maslan yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Di JPM dan baru-baru ini sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia memang satu jawatan yang besar tetapi saya yakin beliau mampu memikul amanah dan tanggungjawab tersebut. Walaupun beliau belum cukup dikenali, tetapi pengalamannya di Biro Tatanegara, Seranta Felda, dan sebagai Setiausaha Politik Dato' Mustaffa Mohamad cukup berkesan. Sudah tentulah kepercayaan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri kita kena pada orangnya.

Sdr. YB Tuan Haji Ahmad Hj. Maslan yang saya kenali adalah seorang pengikut yang taat dan berdedikasi, cekap dan tahu keutamaan dalam sebarang tugasan yang diterimanya. Ucapannya pendek, tetapi bernas dan penuh dengan fakta dan logika yang jelas dan mudah difahami. Beliau seorang yang tegas, mampu dan cekap menangani pelbagai masalah dalam satu-satu masa, tepat dalam tindakan dan sentiasa mengingati kawan-kawan.

Saya berdoa beliau diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan menegakkan agama, bangsa dan tanahair (alif, ba, ta) yang selalu menjadi slogan dirinya.

Salam Perjuangan.
BAM AL-HAJ

No comments: