Tuesday, December 30, 2008

Assalamu'alaikum dan terima kasih kepada semua blogger dan kepada semua pembaca yang melayari blog ini. Saya sekadar ingin bertukar-tukar pandangan dengan sesiapa yang berminat, khususnya tentang isu-isu semasa, bidang latihan sumber daya manusia atau pembangunan insan. Saya berpendapat bidang latihan dapat membantu meningkatkan kekuatan dalaman bagi menghadapi cabaran masa depan. Melalui bidang yang merentasi batas politik, kaum dan status ini, saya berharap untuk menjadi penyumbang kepada pembangunan negara.

Di samping menjalankan latihan dan memberikan ceramah-ceramah motivasi, saya terlibat dalam KAGUM (Kongres Aktivis, Graduan dan Usahawan Muslim Malaysia) selaku Pengarah Sekretariat. KAGUM yang baru ditubuhkan pada 1 Muharram 1430H bersamaan 29 Disember 2009 adalah badan profesional yang setaraf dengan ICMI (Ikatan Cendekiawan Muslim se-Indonesia) dan AMP di Singapura. Kami berharap KAGUM akan dianggotai oleh para aktiviti, profesional dan usahawan Melayu & Islam di Malaysia dan luar negara (warganegara Malaysia). KAGUM ditubuhkan dengan visi untuk menjadi model "gerakan aktivis Islam" yang dinamik dan progresif.

Selain itu, saya juga dalam proses untuk mengeluarkan produk baru tidak lama lagi. Produk tersebut pasti akan menarik minat ramai. Tunggu....

Terima kasih dan Wassalam.
BAM AL-HAJ

No comments: