Friday, January 23, 2009

GENTINGNYA GAZA

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Malam semalam saya dan keluarga sempat menyaksikan Malam Puisi Demimu Palestin anjuran Utusan Malaysia. Sesekali bersantai mendengar/menonton baca puisi memang mengujakan!
Apalagi melihat tokoh-tokoh penyair tersohor seperti Dato' A. Samad Said, Puzi Hadi, Dr. Lim Swee Tin, Rahimidin, Zaen Kasturi dan beberapa nama lain memang menyentuh jiwa.

Juga kehadiran dan persembahan Dato' Seri Shafie Afdal, Abdelaziz Abu Ghoush (Duta Palestin ke Malaysia), Tan Sri Jins Shamsuddin, Dato' Rohani Ahmad, Tan Sri Samad Makaruddin, Jihad Abu Ghoush, Dato' Yusof Haslam, Sohaimi Meor Hassan, M. Nasir, Fauziah Gous, Samsul, Zubir Ali bersama Kumpulan Trio Harmoni, Kopratasa, Meet Uncle Hussain, Kumpulan Bingkas Kebayan dan beberapa nama lain. Pengacara Haji Aznil Nawawi pun ok.

Kutipan derma tabung Dakap dijalankan dalam majlis tersebut bagi membantu rakyat Palestin mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Jualan T-Shirt Israel=Satan juga turut dijalankan.

Mulanya saya bercadang untuk menyelit membaca sajak spontan yang diilhamkan Tuhan semalam selepas solat Asar, tapi tak sempat. Di sini saya catatkan sajak tersebut:

SI ANJING YAHUDI!

Anjing!
jangan lagi membinatangiku!
Anjing! Si bedebah Yahudi!
kebinatanganmu sudah melampaui batas!

Sungguh,
mereka si bedabah sang yahudi-nasara
tidak akan puas
tidak akan redha
selagi umat Islam
tidak tunduk
kepada mereka!

Walan tardha alkal yahud walan nasara
hatta tattabi'u millatahum!

Yahudi sang anjing bedebah!
ini amaran terakhir!:
Ingatlah!
Intifadha akan bangkit
intifadha akan bangkit semula!

Ya Allah Ya Rabbul Jalil!
munculkanlah seorang al-Ayubi, Salahuddin Al-Ayubi
di kalangan kami
yang akan membangkitkan umat dari tidur
yang akan meniupkan semangat jihad
melawan penindasan melawan kekejaman Yahudi laknatullah!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!!!

Di bawah ini saya perturunkan sajak yang diperembahkan oleh PUZI HADI, penyair tersohor yang begitu mantap dan cemerlang penyampaiannya.

GENTING GAZA, GENTINGNYA GENTING

Gentingnya Gaza, gentingnya genting…
gentingnya para seteru dua bahtera – Hamas dan Fatah
gentingnya Negara Palestin
dua dalam satu
Genting Gazanya Ismail Haniyeh
dan Tebing Baratnya Mahmoud Abbas
gentingnya para pemimpin dua Negara
Gaza Tebing Barat dengan rejim Israel

Gentingnya para pengarah dan actor
Filem “Krisis Kemanusiaan: Gaza”
Dwi-Ehudnya Ehud Olmert dan Ehud Barak
dengan aktornya 1.5 juta penduduk awam gaza
dan penontonnya rakyat Arab, Eropah, Amerika
dan seantero dunia
termasuk aku dan kau di Malaysia!

Gentingnya antara pembida politikdunia:
Si pelucu OIC dan Liga Arab
Si badut Amerika dan PBB
Si pengkartun Israel dan Parti Kadima
Si pelawak Kesatuan Eropah dan Rusia

Gentingnya antara berbisik, berlobi, bermesyuarat:
antar bumi dengan langit
antar bulan dengan mentari
antar… dengan… tanpa apa-apa
cuma resolusi fatamorgana…

Gentingnya gentingkah serangan roket
Qassam Hamas buatan tangan
versus serangan udara Israel Defence Force (IDF)
peluru berpanda made-in USA!

Gentingnya pemastautin Gaza menjadi warga OKU:
kurang upaya air dan makanan
kurang upaya rumah dan sekolah
kurang upaya mengimpikan esok
pada cahaya mentari pada sinaran bulan

Gentingnya dentuman dan ngauman bom dan peluru
dalam siang dan malam:
siang asapnya hitam berkepul di langit bak malam
malamnya cahaya bom cerah benderang bak siang
mencari mangsa setiap yang bernama Gaza AK Palestin!

Gentingnya di selatan Gaza:
Mesir menutup pintu sempadan Rafah
berpegang amanah kata dua Israel,
jadilah Genting Gaza sebuah penjara besardi dunia
sekejam penjara Teluk Guantanamo

Gentingnya Gaza dengan angka kematian bayi dan kanak-kanak sekolah
meningkat dek peluru dan bom dari udara-laut-darat
negara-negara duniapun menjanji meningkatkan angka jutaan USD dek keprihatinan
sebuah kemusnahan dan kematian di Gaza

Gentingnya umat Gaza dan Tebing Barat
sama gentingnya umat islam di Iraq, Afghanistan dll seantero dunia
dilabel teroris hijau oleh George W Bush selepas 9/11

Gentingnya Gaza meniti titi kematian
waima seribu Barack Obama mengepalai presiden amerika syarikat…
lalu kita kembali bermuhasabah diri
lalu kita kembali berdoa
lalu kita kembali kepada al-Qur’an
pada surah al-fath (surah kemenangan) ayat 29

Genting Gaza, gentingnya genting!

No comments: