Tuesday, January 20, 2009

OBAMA ARAH BEKU UNDANG-UNDANG KETIKA TEMPOH PERALIHAN BUSH

WASHINGTON: Beberapa jam selepas diisytiharkan sebagai Presiden baru Amerika Syarikat, Barack Obama menerusi Ketua Staf, Rahm Emanuel mengarahkan semua agensi dan jabatan membekukan undang-undang yang tertangguh ketika pentadbiran George W Bush.

Rahm dalam satu kenyataan di Rumah Putih berkata, satu memorandum sudah ditandatangani untuk diserahkan kepada semua jabatan kerajan supaya membekukan undang-undang berkenaan untuk dinilai semula oleh dasar pentadbiran Obama.

Pembekuan undang-undang dan peraturan itu dianggap arahan biasa kerana ia dibuat antara tempoh peralihan antara Bush dan Obama. - AFP

Assalamualakum dan Salam Sejahtera.

O-BAM-A! Nama OBAMA tiada kaitan dengan saya, BAM AL-HAJ, walaupun warna kulit dan umur kami sama. Mungkin secara fitrahnya, Obama dan BAM AL-HAJ tentulah mahukan dunia yang aman dan makmur.

Saya berdoa supaya Obama selaku Presiden USA yang baru akan membawa sinar baru kepada dunia, sekurang-kurangnya tidak seganas Bush, tidak memusuhi Islam dan dapat "mendengar" suara warga dunia yang mahukan keamanan dan pembelaan. Beliau juga ditagih peranannya untuk mengatasi masalah ekonomi global.

Dunia Islam sentiasa mengalu-alukan dialog dan empati bagi sama-sama memainkan peranan ke arah keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bersama.

Bagaimanapun, tentulah Dunia Islam tidak harus duduk menunggu dan terlalu berharap kepada Obama. OIC dan komuniti Islam dunia (terutama NGO dan usahawan Muslim) patut memainkan peranan untuk membina jaringan (networking) yang lebih mantap di kalangan negara-negara dan komuniti Islam. Banyak perkara yang boleh dilakukan...

Ingatlah: "Sesungguhnya, Tuhan tidak akan mengubah nasib suatu kaum jika kaum itu tidak mengubah apa yang ada pada dirinya"...

Wassalam.

BAM AL-HAJ
Pengarah Sekretariat KAGUM
(Kongres Aktivis, Graduan dan Usahawan Muslim Malaysia)

No comments: