Saturday, January 24, 2009

BUKU SOLAT DARI PERSPEKTIF SAINS

BUKU SOLAT: KEBAIKAN DARI PERSPEKTIF SAINS

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Buku di atas ditulis oleh tiga penyelidik dari Universiti Malaya, iaitu Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok. Ia membongkar fakta-fakta sainstifik di sebalik ibadat solat, rukun Islam kedua. Buku yang diterbitkan oleh UM ini boleh didapati dalam dua versi, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dengan harga RM29.90 sahaja.

Buku ini dibahagikan kepada 7 bab - pengenalan, komposisi badan, denyutan jantung, sakit pinggang, otak, otot dan disfungsi ereksi. Penyelidik telah menggunakan alat pengukur seperti elektorkardiograf, elektromiografi (EMG), electrocap dll.

Apa yang menarik, solat memberikan kesan positif kepada aspek fizikal dan mental, selain spiritual manusia, dengan syarat dilakukan dengan betul dan kerap mengikut ketetapan agama.

Solat menurunkan kadar denyutan jantung. Kadar denyutan jantung paling rendah dalam posisi sujud dan ini dapat merehatkan jantung.

Rukuk pula mengurangkan sakit pinggang. Rukuk yang tepat 90% adalah terapi yang berkesan untuk mengurangkan dan memulihkan sakit pinggang.

Dalam kajian berkenaan ED (Disfungsi ereksi), didapati bahawa pergerakan solat dapat mengaktifkan otot lantai pelvik. Ini dapat memperbaiki pengaliran darah bagi orang yang lemah tenaga batin.

Dari segi mental pula, solat berupaya membawa ketenangan serta meningkatkan kewaspadaan dan menyediakan minda untuk menghadapi tugasan mental yang lebih berat.

Solat juga boleh dianggap sebagai senaman fizikal berbentuk regangan (streching) yang sederhana dan memberi kesan yang baik kepada otot rangka.

Bacalah!

No comments: